WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tahan< Uji dan Lepas

Go down

Tahan< Uji dan Lepas Empty Tahan< Uji dan Lepas

Post by MMI Tue Apr 08, 2008 4:57 pm

TAHAN UJI DAN LEPAS

Pengenalan

Tahan ialah menahan sementara konsaimen tersebut untuk pemeriksaan lanjut dan persampelan dibuat.

Uji ialah analisa yang berkaitan akan dibuat keatas sampel yang diambil dari konsaimen tersebut.

Lepas ialah makanan tersebut akan dilepaskan untuk tujuan pengimportan sekiranya ianya mematuhi dan sekiranya tidak, konsaimen tersebut akan dilarang pengimportantnya atau dimusnahkan dengan persetujuan pengimport.


Kriteria makanan yang di TUL

1. Makanan yang pertama kali masuk.
2. Makanan yang pernah ada pelanggaran sebelumnya.
3. Melalui food alert yang dihantar oleh pintu masuk lain.
4. Makanan yang disyaki tercemar.
5. Tidak mempunyai dokumen yang lengkap.


Produk yang ditahan di gudang (dengan persetujuan pengimport)

1. Semua konsaimen yang mempunyai salah satu ktiteria di atas akan di tahan di Gudang Pemeriksaan Kesihatan di Kompleks LKIM untuk tujuan di atas selepas pengambilan sampel.
2. Sekiranya konsaimen tersebut memerlukan kemudahan-kemudahan tertentu seperti kawalan haba dan sebagainya, produk tersebut akan dibenarkan masuk dengan bersyarat , ianya akan ditahan di gudang yang bersesuaian di bawah kelolaan Pejabat Kesihatan berhampiran mereka perlulah membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Pintu Masuk terlebih dahulu dan konsaimen tersebut akan diseal dengan seal KKM.


Prosidur pengimportant makanan yang disyaki bercanggah dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

1. Pegawai berkuasa menerima Borang Kastam 1 daripada pengimport atau agen.

2. Pegawai berkuasa akan menjalankan pemeriksaan dokumen ke atas borang tersebut.

3. Pemeriksaan ke atas konsaimen dilakukan untuk pastikan barangan yang di borang dan di konsaimen sama.

4. Memaklumkan pada agen bahawa konsaimen tersebut akan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

5. Konsaimen tersebut akan dirujuk ke gudang pemeriksaan kesihatan dengan notis tahan sementara.

6. Pegawai berkuasa di gudang pemeriksaan akan menerima notis tahan sementara tersebut dan menyemaknya.

7. Meminta Borang K1 dan kad pengenalan agen.

8. Memaklumkan pada agen bahawa makanan tersebut akan ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan terangkan pada agen.

9. Pemeriksaan dan persampelan dibuat. Notis akan dikeluarkan
Surat tahan konsaimen
Surat lak / sita konsaimen
Notis ambil sampel

10. Kesemua notis ini ditandatangi oleh pegawai berkuasa dan agen kecuali notis lak dan sita yang hanya ditandatangi oleh pegawai berkuasa sahaja.

11. Proses persampelan dijalankan disaksikan oleh pegawai berkuasa dan agen.

12. Proses penghantaran sampel akan dibuat secepat yang mungkin.

13. keputusan analisa dikeluarkan
 Keputusan mematuhi : dibenarkan untuk pengimportan.
Keputusan tidak mematuhi : dilarang pengimportan / dimusnahkan.


Penghantaran sampel.

1. Sampel tersebut akan dihantar ke makmal untuk analisa secepat yang mungkin.

2. Sampel kimia
Keadaan penghantaran mengikut keadaan asal sampel.

3 Sampel mikroorganisma
Hendaklah dimasukkan ke dalam cold box dan dilitupi dengan ais.
Kecuali makanan berkaling tidak perlu dimasukkan dalam cold box.
MMI
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 43
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum