WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mi segera 'halal' berperisa babi - UTUSAN

Go down

Mi segera 'halal' berperisa babi - UTUSAN Empty Mi segera 'halal' berperisa babi - UTUSAN

Post by KA Tue May 20, 2008 3:39 pm

Mi segera 'halal' berperisa babi
JOHOR BAHRU 19 Mei - Jika anda meminati mi segera, berhati-hati ketika membeli makanan tersebut kerana ada yang tertera logo halal tetapi berperisa babi.

Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna, Amir Amin yang menghantar e-mel atas kesedaran supaya umat Islam tidak termakan mi segera keluaran Vietnam itu.

Amir memberitahu, hasrat dia dan isterinya menikmati keenakan mi segera dalam mangkuk yang dibeli di Woodland Centre, Singapura pada 4 Mei lalu terbantut apabila mendapati mi segera itu berperisa babi walaupun ada logo halal.

Atas rasa tanggungjawab supaya umat Islam tidak termakan mi berkenaan, Amir kemudian mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada pemilik kedai berkenaan.

"Saya turut difahamkan pekedai tersebut mengambil keputusan menghentikan penjualan mi berkenaan.

"Bagaimanapun, saya bimbang seandainya mi ini telah berada di pasaran negara kita memandangkan jarak antara Johor dengan Singapura bukanlah jauh,'' kata warga Johor ini.

Justeru, dia berharap orang ramai lebih peka dan mengambil langkah berhati-hati dengan barang yang dibeli walaupun terdapat logo halal.
KA
KA
TEAM BKH
TEAM BKH

Male
Number of posts : 35
Age : 44
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum