WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CUEPACS TETAP BOIKOT

Go down

CUEPACS TETAP BOIKOT Empty CUEPACS TETAP BOIKOT

Post by MMI Sat Apr 05, 2008 11:15 am

CUEPACS tetap boikot

Oleh NORILA DAUD

KUALA LUMPUR 4 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap dengan keputusan memboikot sambutan Hari Pekerja pada Mei ini selagi pihak kerajaan tidak memanggil untuk merundingkan lima tuntutan yang tertangguh sekian lama.

Presidennya, Omar Osman berkata, kali terakhir mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7 Januari lalu dan sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang jawapan positif.

Menurut beliau, tindakan membisu kerajaan terhadap tuntutan CUEPACS itu ibarat ‘mencurah air di daun keladi’.

“Berikutan pertemuan CUEPACS dengan Perdana Menteri itu, kita tidak tahu apakah kedudukan kelima-lima tuntutan itu kerana tiada tindakan dilakukan terhadapnya melainkan dalam perhatian sahaja,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omar berkata demikian ketika diminta mengulas apakah CUEPACS tidak lagi mengekalkan amalan berunding dan bertolak ansur dalam membuat tuntutan terhadap kerajaan.

Beliau memberitahu, tuntutan tersebut bukan baru dilakukan tetapi sebahagian daripadanya telah dibincang dan dikemukakan kepada kerajaan sejak dua tahun lalu.

Beliau menjelaskan, tuntutan honorarium RM2,000 telah dikemukakan kepada kerajaan September tahun lalu, Imbuhan Tetap Perumahan pada 2005, pelanjutan umur persaraan dari 55 kepada 60 tahun dikemukakan pada tahun 2006.

Ditanya dakwaan beberapa pihak yang mengatakan tuntutan CUEPACS itu tidak kena pada masanya, beliau menegaskan, tuntutan CUEPACS tidak mengira musim sebelum atau selepas pilihan raya, tetapi secara berterusan demi menjaga kebajikan kakitangan awam seramai 1.2 juta.

Jelas beliau, kerajaan yang memberi jawapan ‘dalam perhatian’ kepada tuntutan CUEPACS itu bukan jalan penyelesaian, tetapi memberi gambaran bahawa tuntutan-tuntutan itu tidak diambil serius oleh kerajaan.

‘‘CUEPACS tidak mengambil peluang membuat tuntutan tersebut di atas kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapatkan dua pertiga kerusi pada pilihan raya lalu.

‘‘Pada kami kerajaan BN masih mantap dan kerana itu berjaya meneruskan kepimpinan negara hari ini,’’ ujarnya.

Perjuangan CUEPACS, jelas Omar, berlandaskan prinsip menegakkan keadilan untuk hak pekerja dan bukan menyatakan ‘ya’, tetapi pekerja tidak puas hati dan seterusnya menimbulkan suasana tegang.

Dalam pada itu, katanya, CUEPACS tidak menafikan ada sesetengah pihak yang tidak menyokong perjuangan mereka, tetapi pada masa yang sama mendapat ganjaran berlipat kali ganda berikutan kenaikan gaji kakitangan sektor awam tahun lalu.
MMI
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 43
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

CUEPACS TETAP BOIKOT Empty Re: CUEPACS TETAP BOIKOT

Post by MMI Mon Jun 09, 2008 12:27 pm

APAKAH CUEPACS AKAN MINTA NAIK GAJI LAGI BILA HARGA MINYAK DAN GAS MENINGKAT? BARANG-BARANG LAIN PASTI NAIK...APA KOMEN ANDA?
MMI
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 43
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum