WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemanis tiruan boleh jejas kesihatan

Go down

Pemanis tiruan boleh jejas kesihatan Empty Pemanis tiruan boleh jejas kesihatan

Post by KA Wed Feb 20, 2008 10:48 am

Pemanis tiruan boleh jejas kesihatan - UTUSAN

KAJIAN menunjukkan pemanis tiruan yang dipek mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Para pengkaji di Universiti Purdue melaporkan satu kajian yang dijalankan ke atas beberapa tikus mendapati kandungan sakarin (saccharin) yang ada di dalam pemanis tiruan tersebut mampu mengubah selera makan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, ketua kumpulan pedagang pemanis tiruan menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa kesan sampingan tersebut tidak semestinya berlaku ke atas manusia.

Profesor Madya bahagian Sains Psikologi di Institut Kajian Perlakuan Inges, Universiti Purdue, Amerika Syarikat, Susan Swithers berkata, tikus uji kaji memakan yogurt yang mengandungi pemanis tiruan tersebut menjadi gemuk dan selera makan bertambah dengan mendadak.

“Perlu dihebahkan di sini bahawa pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah sistem semula jadi tubuh badan manusia.

“Bermakna, ia mampu mengubah hormon tahap selera semula jadi manusia yang sepatutnya merasa kenyang sebelum hormon semula jadi tersebut bertindak sendiri.

“Kita biasanya akan berhenti makan sebelum tubuh badan kita menyerap semua kalori yang terkandung dalam makanan yang dimakan. Salah satu sebab untuk kita berhenti makan ialah disebabkan naluri semula jadi ditambah dengan pengajaran yang diperoleh dari pengalaman lalu. Sebagai contoh, ‘Selepas saya memakan makanan ini, saya akan merasa kenyang untuk satu jangka masa yang agak lama’,” jelas Swithers lagi.

Minda separa sedar

Beliau yang juga penulis laporan kajian tersebut berkata, tanggapan tersebut timbul berdasarkan minda separa sedar manusia yang menafsir kandungan kalori yang terdapat dalam makanan berdasarkan rasa manis yang terkandung dalam makanan tersebut.

Konflik di sini apabila rasa kandungan manis tersebut tidak disusuli dengan kalori. Apabila ini berlaku, sistem tubuh kita menjadi keliru dan kadar metabolisme tidak memberi reaksi kepada pemanis yang dimakan.

Untuk memastikan kebenaran teori ini, para pengkaji mencuba pelbagai jenis yogurt tawar kepada beberapa ekor tikus jantan. Sebahagian menerima yogurt yang mengandungi pemanis dari glukos dan sebahagian lagi memakan yogurt yang mengandungi pemanis sakarin. Kesemua tikus uji kaji ini juga turut memakan yogurt yang tidak mengandungi sebarang pemanis.

Hasilnya, tikus yang memakan pemanis tiruan yang mengandungi sakarin bertambah berat badan serta memakan makanan yang lebih banyak. Malah suhu badan tikus tersebut tidak naik seperti tikus yang memakan yogurt yang mengandungi pemanis dari glukos.

“Ini menunjukkan tikus yang memakan yogurt yang mengandungi pemanis tiruan tidak membakar kalori pada kadar yang sepatutnya,” tambah Swithers lagi.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Perlaku- an Neurosains pada Februari lalu.

Bagi manusia, kajian sebelum ini juga telah mendapati bahawa obesiti sering terjadi kepada mereka yang menggunakan pemanis tiruan.
KA
KA
TEAM BKH
TEAM BKH

Male
Number of posts : 35
Age : 44
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum