WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Yogurt elak rambut gugur

Go down

Yogurt elak rambut gugur Empty Yogurt elak rambut gugur

Post by KA Wed Feb 20, 2008 10:47 am

Yogurt elak rambut gugur- UTUSAN

Oleh MERAN ABU BAKAR

KEGUGURAN rambut pastinya amat merunsingkan sesiapa sahaja. Rambut yang semakin menipis di kepala kemungkinan besar akan menyebabkan botak jika tidak dirawat. Jika ini berlaku kepada wanita, ia akan memalukan diri wanita itu sendiri.

Banyak perkara yang menyebabkan keguguran rambut seperti penggunaan syampu yang tidak sesuai, penyakit, mengambil ubat tertentu, perubahan hormon, kepanasan kepala yang berlebihan dan sebagainya.

Selain rawatan di salun, ramai yang mengamalkan cara rawatan tradisional bagi menyihatkan rambut dan kulit kepala. Di antaranya memupur kepala dengan daun inai yang telah ditumbuk, daun bunga raya dan santan.

Bagaimanapun, memandangkan pada masa kini setiap orang mengejar masa dan tidak mempunyai banyak masa lapang serta sukar mendapatkan bahan-bahan tersebut membuatkan ramai yang ke salun bagi merawat rambut.

Biasanya selain merawat rambut, dapat juga membuat rawatan lain bagi memanjakan badan dan merehatkan diri daripada tekanan kerja.

Jelita Sari Spa menyediakan pakej rawatan rambut menggunakan yogurt dan buah avocado serta skrub badan dengan betik dan kelapa parut yang mengambil masa rawatan selama tiga jam dan ini pastinya akan benar-benar memuaskan hati dan menyegarkan badan.

Yogurt yang dilumurkan di kulit kepala membantu mengeluarkan haba panas yang terperangkap di kulit kepala, menyejukkan dan membina semula nilai pH yang seimbang bagi kulit. Ini dapat mengelakkan keguguran rambut kerana kepanasan kepala yang berlebihan akan menyebabkan akar rambut tidak kuat dan mudah gugur.

Avocado pula yang mempunyai protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potassium, vitamin A, C serta niasin merupakan sumber asli bagi merawat rambut kering dan mudah putus.

Sementara betik mengandungi vitamin A dan C yang amat diperlukan kulit. Betik mengandungi bahan yang mudah menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan.

Kelapa parut yang menjadi bahan utama dalam masakan sebenarnya berguna bagi melembutkan kulit kerana kelapa mempunyai bahan pelembap semula jadi bagi kulit.

Harga asal bagi pakej ini adalah RM330 namun dengan diskaun sebanyak 20 peratus yang diberikan, pelanggan hanya perlu membayar RM250 sahaja.

Kaedah rawatan:

* Mula-mula badan akan diskrub dengan betik yang telah dikisar dan dicampurkan dengan kelapa parut. Skrub ini dapat melicin, mencerah dan melembutkan kulit.

* Selepas skrub dibersihkan, minyak aromaterapi digosok ke seluruh badan bagi memberi kesegaran pada fizikal dan mental.

* Kemudian barulah rawatan rambut dibuat dengan menyapu kulit kepala dengan bahan campuran yogurt dan avocado. Kepala dibungkus dan diwap perlahan supaya bahan-bahan tersebut menyerap ke dalam kulit kepala.

* Akhir sekali, proses bertungku dilakukan bagi kesihatan bahagian dalaman vagina. Bahan-bahan yang digunakan bagi bertungku ialah daun pandan dan daun mengkudu yang dibakar dan dibungkus di dalam kain.
KA
KA
TEAM BKH
TEAM BKH

Male
Number of posts : 35
Age : 43
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum