WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RAWATAN DADAH SECARA TRADISIONAL

Go down

RAWATAN DADAH SECARA TRADISIONAL Empty RAWATAN DADAH SECARA TRADISIONAL

Post by MMI Tue Nov 04, 2008 8:50 pm

Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid adalah bekas guru agama kerajaan. Beliau telah berkhidmat sebagai guru agama lebih kurang 14 tahun. Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru agama pada tahun 1993 untuk menumpukan kerjayanya sebagai perawat tradisional khususnya dalam bidang perawatan dadah dan terkena sihir. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah arab diantaranya, Sek.Men.Tinggi Kajang, Selangor, Sek. Men. Bkt. Jalor, Gemas, N.Sembilan, Sek.Men.Agama Gemenchih, N.Sembilan, Sek.Men.Gemas, Gemas, N.Sembilan. Sekolah terakhir beliau berkhidmat ialah Sek.Men.Gemas,N.Sembilan.

Beliau telah memberikan khidmatnya dalam bidang perawatan tradisional Islam ini keseluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah & Sarawak. Bukan sahaja dalam negara bahkan hingga ke beberapa buah negara yang lain seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Australia serta beberapa buah negara di Timur Tengah. Kini beliau memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perawatan Tradisional Islam ini. Alhamdulillah telah ramai penagih-penagih dadah telah dapat dipulihkan sepenuhnya.
Sehingga ke hari ini, beliau menawarkan beberapa khidmat perubatan alternatif menggunapakai kaedah Rawatan Tradisional Secara Islam yang menggunakan pendekatan yang berbentuk "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal".

Selesai kaedah pemulihan pada Tahap Awalan, maka susulan seterusnya adalah kaedah pemulihan di Tahap Pertengahan yang mana pada tahap ini selalunya selama 5 hari pertama, Si penagih akan diberi minum Air Kelapa. Selalunya tidak sampai setengah minit setelah diminum, si penagih akan muntah semula. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan menghalau iblis dari tubuh si penagih dan pada kebiasaannya, dalam masa 3 hari, si penagih akan mula lebih tertumpu kepada proses pembuangan sisa-sisa ketagihan dan bisa-bisa dalam badan akibat menagih dadah.

Seterusnya kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 2 hari terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini saya akan fokuskan perihal bimbingan yang berbentuk pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan sehingga ke hari yang ke-7 yang mana dengan izin Allah, pada hari yang terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.

Alhamdulillah, setakat ini Allah Taala telah mengizinkan beliau untuk mengikhtiarkan penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah bergelar datuk. Biasanya para penagih yang akan menjalani rawatan akan diminta untuk tinggal selama 7 hari di rumah beliau dalam suasana rawatan yang selesa dan berhawa dingin dan perlu dinyatakan di sini yang beliau hanya mengambil semaksimum 2 orang sahaja untuk dirawati pada satu-satu masa. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang mantap dapat ditumpukan sepanjang proses rawatan. Penagih dirawat menggunakan air kelapa muda.Segala bisa dadah dalam badan akan dimuntahkan keluar. RAWATAN PEMULIHAN DADAHSecara perlaksanaannya, pada tahap awalan, beliau akan terlebih dahulu membuang iblis dan syaitan yang ada dalam tubuh si penagih kerana pada beliau, selagi ada iblislah maka jiwa, emosi dan perasaan penagih akan terganggu dan seterusnya dapat mempengaruhi si penagih untuk kembali menagih dadah walaupun sebelum ini telah berjaya dipulihkan ketagihan itu.
Lazimnya pada tahap ini, saya akan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menangkap iblis tersebut lalu dimasukkan ke dalam botol yang kemudiannya akan dibuang ke laut.

Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini beliau merupakan antara pengamal perubatan kaedah alternatif secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 7 hari sahaja, dengan syarat kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa.

Kaedah yang saya tawarkan ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain justeru kerana ia menggabungkan tiga tahap rawatan iaitu Tahap Awalan, Tahap Pertengahan dan Tahap Terakhir
RAWATAN DADAH SECARA TRADISIONAL Dadah3
MMI
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 43
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum