WEBSITE PPKP PINTU MASUK MALAYSIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GAJI AKAN DIBAYAR 2 KALI SEBULAN

2 posters

Go down

GAJI AKAN DIBAYAR 2 KALI SEBULAN Empty GAJI AKAN DIBAYAR 2 KALI SEBULAN

Post by MMI Thu Jun 12, 2008 10:23 am

Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.

Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.



Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.

Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong.

"Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.

"Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini," katanya.

Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: "Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini."

Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun.

"Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen," katanya.

Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.

"Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula," katanya.

Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:

"Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting."
MMI
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 43
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

GAJI AKAN DIBAYAR 2 KALI SEBULAN Empty Re: GAJI AKAN DIBAYAR 2 KALI SEBULAN

Post by edredtank Fri Jun 13, 2008 12:31 pm

ako tak setuju.....
edredtank
edredtank
GRD U36
GRD U36

Male
Number of posts : 48
Age : 44
Location : On Air
Jawatan : Kaki Pukul
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-18

http://mtbjitra.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum